Friday, March 12, 2010

raja va raja segala raja

Assalamualaikum..
Entry kali ini aku ambil dari majalah ujang karya tok puteh...
Untuk sesiapa yg tidak tahu, Tok Putih nih nama pena untuk sesorg dalam majalah ujang ni..dia selalu berkarya mengenai agama..
w0keyh...tak nak banyak cakap... :----

Eloklah kita beradap dengan raja tapi kenapa kita beradap sangat dengan RAJA SEGALA RAJA? Ni bukan sembah derhara tapi sah sah masuk neraka.Korang rasa korang tu sapa?King kong?

bila dengan raja , dijemput ke istana gembira tak terkata..
bila dengan raja segala raja, jemput ke masjid buat dek je..

bila dengan raja, pakai smart habis, siap tempah spesel lagi gitu..
bila dengan raja segala raja, solat pakai pelikat, kadang2 tak berbaju..

bila dengan raja, nak ke istana besok, malam ni dah bersiap..
bila dengan raja segala raja, nak ke masjid liat, malam nak tahajud jangan harap..

bila dengan raja, dia suruh apa pun kita buat tanpa banyak cakap...
bila dengan raja segala raja, dia suruh solat pun tak buat, kalau buat pun sambil sangap...

bila dengan raja, apa dia tak suka kita tak buat, takut dikata derhaka..
bila dengan raja segala raja, kita buat apa kita suka, tak takut neraka..

bila dengan raja, tak kira siapa kita, depan dia semua rakyat biasa..
bila dengan raja segala raja, kita kira siapa kita, org besar duduk saf depan tu dah biasa...

bila dengan raja, bila dia ada kita rasa hina, rasa rendah diri...
bila dengan raja segala raja, mana pernah Dia tak ada tapi masih jugak tak sedarkan diri...

bila dengan raja, bila nak mengadap punyalah takut, rasa longgar sendi lutut...
bila dengan raja segala raja, mana ada takut, tu yang solat otak melalut...

bila dengan raja, dipanggil mengadap pun dah rasa bertuah..
bila dengan raja segala raja, dengar azan pun kita menyampah...

bila dengan raja, sanggup tunggu berjam2 lamanya untuk berjumpa..
bila dengan raja segala raja, solat lima minit pun dah kira lama...




itu sahaja karya beliau..amcam?? ada tersentuh sedikit tak hati??hoho... mmg kita slalu melebih2kan manusia melebihi pencipta kita sendiri...sama2 kita renungkan..yg baik jadikan pedoman...yang jahat jadikan sempadan...
wsalam..

No comments:

Post a Comment